Saturday 19 April 2014

Tip kurangkan berat badan : Episod 3 { Diet Atkins }

TEKS : NOR FAUZANI BINTI JUMODI PENGEDAR SHAKLEE DI KUANTAN PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ni genaplah 20 hari mengamalkan diet ni, dah 20 hari rupanya tak makan nasi. Boleh tak nak kagum dengan diri sendiri, bukan senang untuk melawan nafsu serakah saya dalam bab makan ni. Walaupun nafsu membuak-buak untuk makan nasi, Alhamdulillah berjaya ditapis dengan iman yang senipis kulit bawang ni.

Tiga minggu yang lepas diet saya hanyala pada diet nasi dan karbohidrat. Dan yang memalukan diri saya ialah, pada hemah saya yang naif ini, karbohidrat ialah nasi semata-semata, rupa-rupanya salah. Apalagi gunalah pak cik google untuk cari maklumat. So terjumpalah DIET ATKINS. Wow! Baru ada panduan dalam berdiet, sebelum ni main hentam.

Dalam diet atkins apa yang wajib ambil, apa yang diharamkan ambil. Siap ada pembahagian dalam sebulan, ini sudah bagus. Di sini saya sertakan pantang larang dalam diet atkins, kalau anda ingin mencuba, silakan.


Apa itu Diet Atkins

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Credit to : www.dietatkins.com.
Saya baca ni berkali-kali untuk betul - betul hadam. Sekarang ni dah ingat apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Siap ingat dalam setiap makanan tu ada berapa karbo. Iya ke..ingatlah benda yang kita biasa makan. So tepuk dada anda tanya iman. Buatlah pilihan yang bijak.
Assalamualaikum.

Tuesday 15 April 2014

9 Kebaikan Ostematrix yang pasti dikenang- kenang

TEKS : NOR FAUZANI BINTI JUMODI PENGEDAR SHAKLEE DI KUANTAN, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bersempena bulan April ini, Shaklee dah buat promosi, tapi saya je yang tak buat promosi lagi. Orang dah terkehadapan, aku jugak terkedek kedek. Tapi sekarang tengah bersemangat ni. Fauzani hebat...Fauzani positif.

Sekarang kita fokus pada Ostematrix. Ada 9 kelebihan yang akan membuatkan anda semua terkenang kenang ostematrix. Saya dah alaminya, jomla kita alami sama. Untuk entry kali ini saya akan bercerita tentang 9 kelebihan ostematrix.

{1} Menguatkan tulang -kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, merangka gigi, sistem saraf.
{2} Memperbaiki kekejangan, kebas , sakit sendi dan arthritis.
{3} Meringankan stress -Ia mengimbangi tekanan, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki depresi, sakit kepala dan pitam.
{4}  Memperbaiki masalah haid-Dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit pada waktu haiddan membantu buang air kecil.
{5} Pengalkian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua, tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsanng detoksifikasi.
{6} Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastric.
{7} Vitamin D - Dengan adanya vit D , ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
{8} Magnesium - Ianyameggalakkan  komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakita jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.
{9}Zink, boron, maganes, kuprum - Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang dan rawan dan menghalang arthritis.

Nampak tak semua, banyakkan kelebihan ostematrix. Saya pasti anda akan terkenang-kenang dan pasti akan merebut peluang promosi di bulan ini. Jangan tunggu lama-lama, nanti disambar orang.



Pm@wassup saya 012.777.5059
Fb: Nor Fauzani binti Jumodi
Cod sekitar Kuantan dan pos di seluruh Malaysia.

Sunday 13 April 2014

Cinch Shake Mix SHAKLEE

TEKS: NOR FAUZANI BINTI JUMODI PENGEDAR SHAKLEE DI KUANTAN PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Mengenali Cinch Shake Mix

Setiap anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut ( dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein) . Ini penting, kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana bokeh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.

Faedah utama Cinch Shake Mix

♥♥♥ Indeks glisemik - 22, sesuai untuk pengifap kencing manis.
♥♥♥ Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan Leucine -asid amino.
♥♥♥ Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menutunkan berat badan.
♥♥♥ 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda merasa puas dan kenyang.
♥♥♥ Tinggi kandungan serat -6gram serat setiap hidangan.
♥♥♥ Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
♥♥♥ Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
♥♥♥ Penggunaan soya bebas GMO.
♥♥♥ Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

Dapatkan Cinch Shake Mix dari saya pengedar SHAKLEE yang berdaftar
Pm@wassup saya 012.777.5059
Fb : Nor Fauzani binti Jumodi

Petua untuk menghilangkan loya, mual dan alahan ketika mengandung

TEKS : NOR FAUZANI BIBTI JUMODI PENGEDAR SHAKLEE DI KUANTAN PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Peppermint Ginger Plus Shaklee.

Assalamualaikum warahnatullahi wabarakatuh

Jom kita semak kelebihan peppermint ginger plus Shaklee ni.

¤¤¤¤Perbezaan Peppermint Ginger Plus Shaklee¤¤¤

♥♥♥ Kombinasi 4 herba dari barat dan timur, dan dihasilkan di bawah prosedur stabdard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Peppermint Ginger Plus telah diuji secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah maslah loya, gastric, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

¤¤¤¤Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee¤¤¤

♥♥♥Pudina : Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan panjang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut atau darat, membantu melegakan kesakitan gastric, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, Peppermint Ginger Plus Shaklee boleh melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Persaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang dan tetap fokus.

♥♥♥ Halia : Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2ribu tahun. Halia merangsangkan rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).

♡♡♡Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakut wanita.

♡♡♡Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedy lain seperti merawat mabuk lain. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat dan mencegah maslah kesakitan ketika dalam perjalanan dan pengembaraan.


♥♥♥ Pokok Adas (fennel) : orang-orang Eropah mengambil biji ads selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala selesema. Juga , ia dapat membantu dalam maslah alergi pada sakuran usus.

♥♥♥ Cekur Manis (anise) : Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastric untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Cadangan hidangan :

>>> Membantu penghadaman                    : 3 biji selepas makan.
>>> Mencuci usus dan perut                        : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger Plus                                                                                    dan 10biji alfalfa di dalam air suam untuk                                                                                diminum.
>>> Merawat sakit atau maslah gastric     : 3-5 biji dilarutjan dalam air panas menjadi                                                                              teh herba, neusea, dan batuk.
>>> Kelegaan tekak, batuk dan sendawa  : Hisap 2 biji


Dapatkan Peppermint Ginger Plus dari saya SID yang berdaftar dan sah.
Pm@whatsapp saya untuk free consultasi 012.777.5059
Fb saya : Nor Fauzani binti Jumodi.

Bila anak demam, hati ibu mana yang tidak risau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Anak-anak adalah ujian samada lulus, cemerlang atau gagal bagi ibu bapa. Beratnya tanggungjawab bagi seorang ibu dan ayah. Berat juga bahu bagi ibu2 atau bapa2 yang membesarkan anak seorang diri.

Bagi saya pulak yang weekend husband ni, membesarkan 2 puteri kesayangan itu, banyak menuntut sabar yang tahap tinggi. Cabaran di kala bangun pagi, perghhhh.. Itu hanyalah picisan sahaja. Menangis, melalak ibarat halwa telinga sahaja. Pagi2 kalau tidah berpeluh, maka tidak sempurna hari tu..

Apa yang paling meruntun hati seorang ibu ialah apabila anak2 sakit, dan memanggil nama ayahnya. Huhhhh...saya tidak mampu untuk menahan sebak. Airmata pasti akan turun dan turun. Terlalu indah takdir yang Allah aturkan untuk saya dan anak2. Pasti ada hikmah disebakik semua ini.

Apa yang mampu saya lakukan ialah hanyalah dengan call my imam untuk bercakap dengan si anak, agar hati si anak ini tenteram mendengar suara our imam.

Semoga RUMAYSA MILHAN sihat dan terus sihat.. Love u so much adik n kakak..

Sunday 6 April 2014

Tips kurang berat badan : Selepas seminggu diet nasi

TEKS: NOR FAUZANI BINTI JUMODI PENGEDAR SHAKLEE DI KUANTAN DAN SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum...

Hari ni cukuplah seminggu perut dan mulut ini tidak menelan nasi. Sekali gus berjaya lah di fasa pertama untuk mengurangkan ketagihan pada nasi merangkap diet nasi. Biarpun diet nasi itu nampak susah, tapi seminggu dah berjaya harunginya. Ketagihan saya pada nasi amatlah melampau dan nampak sangat2 membimbangkan. Hanya dengan bersandarkan sebab ketagihan pada nasi yang menjadi penguat saya untuk diet nasi. Alhamdulillah. Saya boleh rupanya, dulu bermati-matian menegakkan yang saya tidak boleh hidup tanpa nasi. Punyala tahap apa ketagihan ni.

Apa yang saya rasa selepas seminggu mengamalkan diet nasi ni. Perut semestinya la nampak kempis, biarpun timbang masih lagi angka yang sama, tapi saya tidak bersedih atau mudah patah semangat. Yang paling best dan seronok ialah, bila menaiki tangga saya tidak lagi semput macam biasa. Wahhhh sangat superb... seronoknya naik ke kelas tidaklah termengah2.

Minggu ni masuk minggu kedua diet nasi. Kalau minggu pertama boleh, takkan minggu kedua tak boleh kan. So semangat nak kurangkan berat badan bukan sebab nak nampak slim, akan tetapi untuk lebih sihat. Rasa dah berat melampau ni. Bila dah berat melampau takut banyak penyakit yang akan hinggap.

Kalau anda rasa susah untuk diet nasi. Anda salah, kita boleh gantikan menu nasi itu dengan mee, bihun, lauk. Anda masih lagi kenyang walaupun tanpa nasi.

Dengan ESP dan CINCH dapat membantu anda untuk menghilangkan rasa lapar. Saya dah, anda bila lagi nak mencuba. Dapatkan set kurus dari Shaklee dengan saya. Jom kita sihat..


SID NOR FAUZANI BINTI JUMODI 962499
012.777.5059
FB: Nor Fauzani binti Jumodi

Thursday 3 April 2014

Tips kurangkan berat badan : Episod 2 | Diet Karbohidrat |

Teks : NOR FAUZANI BINTI JUMODI Pengedar Shaklee di Kuantan Pahang dan seluruh Malaysia

Assalamualaikum warahmatuhllahiwabarakatuh

Cerita nak kurus ni bersambung rupanya. Bukan nak menunjuk nunjuk, akan tetapi sekadar perkongsian. Benda baik tidak salah kan kita berkongsi. Saya dulu pernah kurus masa ambil diploma dulu, itu pun atas saranan ayah yang risaukan anakanda nya ini. Hihihihi... terharu rasanya.

Tapi bila balik kampung, semua orang kata saya ni sakit ke?? cengkungnya pipi..tak cantik la macam ni. Mulai hari tu, tamatlah zaman diet saya.

Nowadays, baru ada kesedaran bila dah berat badan yang naik bagaikan dipam pam..saya kena paksa diri saya untuk pupuk nafsu makan yang agak serakah ini. Hihihi. Itulah kebenaran.

Dulu saya tak boleh hidup tanpa nasi, setiap hari nasi adalah benda yang wajib perlu saya ambil. Saya sangat menentang keras orang yang diet karbohidrat. Hihihi. Tapi April menjadi sejarah bagi saya.

Hari ini hari yang ketiga perut saya tidak menerima nasi. Ok je, tak mati pun, tak rasa lapar pun. Boleh rupanya tak makan nasi dalam sehari. Hihihi. So ini membuktikan yang dulu hanyalah satu tanggapan negatif dari saya. Saya cabar diri saya untuk tidak menjadikan nasi sebagai rutin wajib diri saya.

Tapi saya berterima kasih dengan suplemen dari Shaklee yang menolong saya untuk melupakan tentang ketagihan saya pada nasi. Untuk 3 hari saya sudah berjaya, saya ada 4 ari untuk cukupkan seminggu. Biarlah sejarah tercipta.

Di bawah saya sertakan jadual diet saya.



Pada waktu pagi saya kenyang dengan ESP&CINCH yang sedap.
Lunch saya hanya makan lauk dan sayuran, kenyang rupanya. So, kita lah yang didik perut kita, kita yang pilih makanan yang untuk disumbat kedalam tangki makanan kita.
Malam pulak sekali ESP & CINCH yang menggantikan nasi. Ok, Alhamdulillah.. kenyang untuk sehari.

Itu lah jadual diet saya, saya turut dibantu dengan askar askar LECITHIN,  HERBA LAX, OMEGA GUARD pembantu saya yang setia dalam menyingkirkan lelemak yang degil. Terima kasih sayam.. I love u so much..

Sekiranya anda ingin merasai kehebatan set kurus Shaklee
Jangan segan2 pm| wassup saya dengan segera jangan malu2 tau 012.777.5059

Assalamualaikum


Tips Kuruskan badan : Diet karbohidrat..

Teks : NOR FAUZANI BINTI JUMODI Pengedar Shaklee diKuantan Pahang dan seluruh Malaysia.

Assalamualaikum...

Tips kuruskan badan: Diet Karbohidrat..Episod 1


Lamanya tidak menulis di dalam blog kesayangan ni. Anda nak kurus...mesti semua orang menginginkan bentuk badan yang ideal cantik mata memandang. Saya tidak ingin cantik, tetapi saya nak kuruskan badan kerana nak sihat. Baru sekarang rasa betapa beratnya badan sendiri. Naik tangga termengah mengah, semput rasanya. Dulu tema sayang lemak. Sekarang saya kena ubah cara makan. Saya adalah yang sangat tidak menjaga makan. Nah sekarang, ambik berat. Makkk oiiii....

Sekarang tekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Bermula 1 April 2014.. saya bertekad untuk melaksanakan diet karbohidrat...boleh ke aku hidup tak makan nasi...
Kita tengok sejauhmana saya mampu bertahan...
Doakan semoga saya dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat ini.
Tetapi saya turut memakan suplemen dari Shaklee...
Dah jadi ejen shaklee kan, kena guna faedah dia, rugi woooo..
So ini yang saya makan untuk menyingkirkan lemak2 yang degil.

 Saya tak sabar nak tengok berapa berat saya turun...tunggu untuk next entry ye.

Sekiranya berminat dengan produk Shaklee pm|wassup saya 012~7775059

Assalamualaikum.

Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi