Assalamualaikum...
Cuaca sekarang ni memang sangat2 menuntut untuk kita minum air kosong. Cuaca yang sangat panas ni boleh mengakibatkan banyak benda... seperti hidung berdarah, ulser mulut, panas dalam, demam, pening, sakit kepala dan macam2 lagi. Takutkan sekiranya kita mengalami salah satu darinya.. Hanya ada satu cara untuk mencegah daripada keadaan buruk itu berlaku... ialah dengan memastikan tubuh kita menerima sebanyak 3liter dalam sehari...Banyaknya 3 Liter...boleh ke???boleh...bahagikan 3000ml itu kepada 500ml. So, kita xakan rasa banyaknya aku minum air.. Tak larat nak buang air kecil...xpe...setkan dalam minda kita air kencing kita itu adalah toksin dalam badan kita. Saya selalu teringat pesanan ayah saya..Dia selalu cakap cuci ke basuh pinggan dengan air teh..Samalah dengan tubuh dan organ kita perlu dicuci dan dibasuh dengan air putih.
Di sini, saya kongsikan tips2 kepentingan tentang air masak untuk info korang...
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong/air mineral dengan secukupnya.
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat
penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus
membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi
untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh
manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Menguruskan badan
Khabar gembira buat individu yang ingin menguruskan badan. Air putih
tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu
mengurangkan berat badan kita.
4. Sumber Alkali termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan
yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak
yang bersifat sedikit alkali semestinya akan meneutralkan kembali pH
makanan yang diambil.
5. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
6. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan
sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah
pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
7. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air
sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua
nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
8. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of
Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air
sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan
jantung.
9. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk
mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi
kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko
kanser payudara.
10. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
11. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit,
namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air
dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta
melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
12. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak
terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air
yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
13. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang
mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak
semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit
panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang
ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
14. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau
pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan
juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening
kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor,
soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada
minum air masak tak? Berapa kali?”
15. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga
sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan
bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika
tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam
komposisi tubuh manusia.
Semoga maklumat ini dapat membantu kita dan anda semua dalam melengkapi tubuh kita dengan air kosong.
cc untuk blog cikgu zamrud
saya adalah Pengedar Shaklee sekitar Kuantan
No comments:
Post a Comment