Sunday 16 March 2014

Tips hilangkan dengkur

Teks : NOR FAUZANI BINTI JUMODI Pengedar Shaklee di Kuantan dan Seluruh Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Apabila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah berdengkur?

Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin 'turbo' itu mengganggu tidur orang lain.

Punca

Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagiantekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.


Cara Atasi

Daripada terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba kurangkan masalah itu. Tidaklah segan sangat nanti apabila terpaksa menumpang dekat rumah orang. Jangan pula disebabkan dengkuran berkuasa 'turbo', tuan rumah yang tak boleh tidur.

Antara cara mengatasi masalah berdengkur adalah seperti berikut : 

Ubah posisi tidur

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. 

Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal kerana ia adalah sunnah Nabi. 

Turunkan berat badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Jadi, langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan. 


Hindari ubat penenang atau sedatif

Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong. 

Hidu wap air sebelum tidur

Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan. 

Habuk

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih


Kredit to blog sihat selalu di atas info yang sangat berguna ini.
Penyakit dengkur boleh diubati dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang. Ini penting agar tidur kita adalah tidur yang berkualiti.


Jom amalkan gaya hidup sihat.




Wednesday 12 March 2014

Kenapa perlu ambil ESP??? Hebat sangat ke ESP???

Teks: NOR FAUZANI BINTI JUMODI Pengedar Shaklee di Kuantan dan seluruh Malaysia.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhh...
Salam sejahtera...

Bulan Mac adalah bulan yang sangat seronok buat penggemar tegar ESP, mana tidaknya  Shaklee telah membuat promosi beli 6 percuma 1. Murah kan, rugi rasanya kalau kita tidak merebut peluang yang hanya datang 2 tahun sekali. Tp buat yang pertama kali ingin mencuba ESP, jom kita semak kebaikan-kebaikan ESP ni, hinggakan menjadikan ianya satu fenomena.


Promosi bulan Mac 2014 buy 6 free 1
I
Ini lah sebahagian daripada kebaikan ESP SHAKLEE, terlalu banyak kelebihan yang membuatkan orang -orang di luar sana sanggup membeli dek kerana kebaikannya itu.



Kepada orang-orang yang memerlukan ESP, sila dapatkan ESP dengan segera. Sementara stok masih ada, jangan sampai stok dah sold out anda gigit jari. Melepas sudah.




Pilihan di tangan anda, saya hanya berkongsi kebaikan di alam maya ini, dengan harapan agar saya di rahmati dan diberkati oleh Allah atas usaha saya berkongsi yang baik-baik saja.

Sekiranya berminat ingin borong ESP atau beli secara runcit
Hubungi saya ditalian kasih sayang
012.777.5059.sms.wassup.we chat.telegram
Fb: Nor Fauzani binti Jumodi
Yang berada disekitar Kuantan cod terus ke tangan atau pintu rumah anda.

Saturday 8 March 2014

Khaulah al Azwa yang sangat mesra ubat.

Teks: Nor Fauzani binti Jumodi Pengedar Shaklee di Kuantan dan seluruh Malaysia



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...


Karenah anak-anak ketika makan ubat sangat mencabar si ibu. Jarang sekali kita melihat anak kecil ini sukakan ubat2 dari doktor ini. Pengalaman yang ada disekeliling semuanya rata-rata bila masa untuk ubat, si ibu terpaksa menahan perasaan dalam masa yang sama memaksa si anak kecil ini untuk makan ubat bagi memastikan anak tersayang ini sihat. Melihat kakak menyuap ubat kepada anaknya, membuatkan saya terfikir..susahnya nak bagi makan ubat kepada anak -anak yang tidak mengerti kenapa mereka perlu makan ubat. Tapi ababila berdepan dengan anak sendiri, merafakkan jutaan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa...diatas anugerah yang terindah ini..khaulah al azwa merupakan salah seorang dari kanak-kanak yang sangat sukakan ubat. Pendek kata jumpa doktor itu tidak menggerunkan hati si kecil ini. Melihat dia menelan ubat-ubat yang saya sendiri pun tidak sanggup untuk telan dengan selambanya, siap boleh cakap "ibu, sedapla ubat ni, kakak nak lagi boleh tak"

Alhamdulillah...kakak mungkin ikut abahnya yang sangat senang makan ubat...hihihi...kalau ikut gen saya, memang pasti susah nak makan ubat. Saya adalah seorang yang sangat susah makan ubat. Mujurla tak ikut gen ibu.

Khaulah al Azwa sangat suka menyuapkan ubat pada saya, ibarat macam nurse, sempena nama sahabat Nabi. Tapi impian seorang ibu ingin melihat khaulah al azwa menjadi doktor yang alhafizah...ameeennn

Itu hanyala doa dan harapan seorang ibu...tapi terpulangla pada empunya diri untuk memilih kerjaya dia...

Sekian untuk entry kali ini...

Saya adalah pengedar Shaklee di Kuantan dan seluruh Malaysia
Sms|wassup saya untuk mengetahui kebaikan Shaklee♥♥♥



Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi