Wednesday 28 May 2014

Set Shaklee untuk Perempuan Endometriosis

Endometriosis bahagian akhir..

Assalamualaikum...

Rangkaian set shaklee untuk rawatan perempuan yang mempunyai endometriosis adalah vitamin atau suplemen yang diperlukan untuk membantu bagi pesakit endometriosis...Set Shaklee ini membantu untuk merencatkan gejala endometriosis dari terus marak dan subur. Namun saya hanya menyarankan kombinasi vitamin tertentu sahaja untuk membantu anda hamil dan merencat gejala endometriosis anda.

Di bawah ini adalah set shaklee untuk mereka yang mempunyai endometriosis:

♥♥♥Omega Guard - Sumber Omega 3 dapat membantu mengurangkan keradangan tisu endometrium semasa haid dan untuk keseimbangan hormon.
♥♥♥GLA Complex - Sumber Omega 6 dapat membantu keseimbangan hormon dan membantu untuk menyuburkan. Disarankan untuk mengambil bersama Omega Guard.
♥♥♥ Vita Lea - Mengandungi vitamin anti oksida dan mineral seperti magnesium, kalsium, zink, dan selenium untuk meningkatkan sistem imun dan mengurangkan sakit pinggang dan bahagian belakang yang dialami sewaktu haid. Iron pula diperlukankerana kebanyakan wanita endometriisis mengalami period yang agak panjang.
♥♥♥ Vitamin C - Sebagai anti oksidan, sokongan imun dan mengurangkan keradangan tisu endometrium.
♥♥♥ CoqHealth Plus - Menyuburkan telu dan menyeimbangkan hormon kesuburan.
♥♥♥ Vivix - Jus anti oksida yang mampu memperbaiki dari peringkat DNA sel, meningkatkan imuniti, mengurangkan keradangan dalam rahim dan seterusnya dapat meningkatkan peluang untuk hamil.
♥♥♥ B Complex - Diperlukan oleh hati untuk menukarkan estrogen yang dominan kepada bentuk esttogen yang lebih baik. Kebiasaannya pengudap endometriosis mempunyai pars estrogen yang tinggi. Diperlukan juga untuk mengurangkan gejala stress kepada wanitadan kurangkan gejala PMS.
♥♥♥ Vitamin E Complex - Mengurangkan cramp yang diadakan sewaktu haid.
♥♥♥ Ostematrix - Dilengkapi magnesium untuk mengurangkan sakit belakang semasa haid.

Di atas adalah set untuk endometriosis. Set tersebut adalah sekadar suplement, ini kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. Allah melihat usaha-usaha kita yang tidak pernah jemu. Harapan saya dengan ikhtiar ini kita sihat dari endometriosis.

Hubungi saya..saya adalah SID yang berdaftar...
Pm@wassup 012.777.5059
Pengedar Shaklee di Kuantan dan seluruh Malaysia

Sunday 25 May 2014

Gejala dan pengesahan Endometriosis

Endometriosis ( Bahagian 2)

Simtom-simtom Endometriosis?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim. 

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 


Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t. 


Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali 

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 


Mendiagnos penyakit endometriosis. 

Daripada tanda-tanda/simtom-simtom tersebut kita sering mengesyaki pengidap berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis mereka menjalani pemeriksaan ultra-sound melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila dibahagian dalam ditekan dengan jari doktor bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
 
cc to blog dr.hamid arshat

Endometriosis yang membahayakan bagi perempuan

Endometriosis ( Bahagian 1)

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain

.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.


Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. 

So, kita dah tahu tentang bahayanya endometriosis, jangan risau dan jangan sedih, setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Cukup untuk entry kali ini. Next entry saya akan  ceritakan kenapa alfalfa tidak boleh untuk perempuan yang menghidapi endometriosis. In Shaa Allah di mana ada usaha di situ ada jalan kan.

cc to blog dr. hamid arshat.terima kasih doc.

Pengedar Shaklee Terhebat Indera Mahkota, Kuantan

Assalamualaikum...


Berita baik untuk warga Kuantan dan khususnya untuk orang Indera Mahkota dan yang berhampiran dengannya, dan yang lebih khusus berita gembira plus berita baik buat pengguna Shaklee yang berada di area Kuantan. tidak perlu risau atau runsing suplemen Shaklee akan sampai ditangan anda dengan secepat yang mungkin. Tidak perlu kos pos. tidak perlu transfer duit, tidak perlu menunggu 2@3 hari.

Seronok kan dengan Shaklee kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim (perempuan je la ye), dapat konsultasi percuma, dapat jadual makan yang spesific tentang suplemen yang diambil.

Jangan tangguh-tangguh untuk hubungi saya sebagai Pengedar Shaklee yang berdaftar.



✆: 012-777-5059 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
✉ : norfauzanijumodi@gmail.com

Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Indera Mahkota, Astana Vilaa, Shahputra, Kolej Komuniti Kuantan, Permatang Badak, Bukit Rangin UIA Kuantan


Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi