PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Penyakit
endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai
yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin
ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh
penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain
.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium
telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.
Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran
darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan
endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar
‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana endometrium terjadi
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),
tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di
tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan
anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar
biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang
digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.
Bagaimana
tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar
biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang
cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah
ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim
melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang
kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang
tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering
dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang
memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.
Ada
juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat
lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat
sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang
mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan
wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah
menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan
mereka yang tinggi I.Q.nya.
Ada
juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut
telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari
tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi
ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat
tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat
daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid
berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
So, kita dah tahu tentang bahayanya endometriosis, jangan risau dan jangan sedih, setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Cukup untuk entry kali ini. Next entry saya akan ceritakan kenapa alfalfa tidak boleh untuk perempuan yang menghidapi endometriosis. In Shaa Allah di mana ada usaha di situ ada jalan kan.
cc to blog dr. hamid arshat.terima kasih doc.
No comments:
Post a Comment