Monday, 16 June 2014

Rahsia Kulit Cantik, Gebu dan Lembut bak Sutera

Assalamualaikum...dan Selamat Tengahari...

Semua orang perempuan memang sangat sinonim dengan kecantikan. Khususkan pula kecantikan pada wajah kulit yang cantik, gebu dan lembut bak sutera. Memang idaman semua wanita la. Mana ada wanita yang nak kulit dia kusam, bertompok2, jerawat dan macam2 lagi. Kalau kita nak kulit cantik, putih, gebu dan lembut kena ikhtiar dengan usaha...bukan hanya berdoa je. Walaupun kulit kita hitam, kita masih mampu untuk dapatkan kulit yang berkualiti.

Nak tahu apa rahsia supaya kulit kita cantik, gebu dan lembut bak sutera ialah hanya dengan ESP  Shaklee aje.. Senang n so simple kan..Kenapa ESP mampu mengkualitikan kulit kita...
Di bawah adalah fungsi ESP dalam membantu kulit kita agar kelihatan cantik,gebu dan lembut bak sutera...suami pun suka kan...


Jom Kenali ESP...tak kenal maka tak cinta....

ESP atau energizing soy protein Shaklee (protin soya) merupakan produk yang diiktiraf seluruh dunia sebagai menjalani kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Shaklee hanya menggunakan kacang soya non-GMO di dalam produk ESP ni.

Ia satu-satunya produk yang mengandungi 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan semuanya oleh tubuh manusia. Ia juga mengandungi 5 vitamin dan 4 mineral penting yang menyokong penyerapan protein.

ESP memiliki indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.


Harganya pun murah jika dibandingkan dengan jenis yang sama dalam kelasnya.... 30kg kacang soya digunakan untuk menghasilkan satu canister ESP (850 gram) tu. Jadi, boleh bandingkan bagaimana protein yang asli didapati dari kacang soya terpilih ni.



APA KHASIAT ESP SHAKLEE???

  • menjadikan kulit muka cantik, gebu, halus & berseri
  • membantu hilangkan parut akibat jeragat dan jerawat
  • membekalkan tenaga berjam lamanya dan menjadikan badan cergas dan tidak cepat letih
  • membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dgn cepat dan banyak serta pekat
  • kulit kembali tegang dan anjal serta menganjalkan payudara
  • cepat kenyang dan membantu dalam proses menurunkan berat badan
  • bagi ibu hamil, ESP membantu perkembangan tumbesaran bayi dan kesihatan ibu
  • untuk yang mengalami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim dan sel ovum serta sel sperma yang sihat dan sempurna


Testimoni yang dah berjaya dengan ESP...anda bila lagi...



testimonial esp
selamat tinggal kulit berminyak, jerawat, kusam....
selamat datang kepada kulit yang cantik, gebu dan lembut bak sutera...
now dah terbukti...





testimonial esp
ESP membantu dalam mencantikkan kulit agar berseri2 dan gebu gitu...


[ sumber dari blog shaklee natural vitamins ]



 Jom  Sihat dan Cantik Bersama Shaklee...nak kulit cantik tapi dapat turunkan berat badan...wow ini sudah bagus...nampak sangat ESP ni sangat berkualiti..Jom jangan tangguh2 lagi...Jom beli ESP untuk kecantikan dalaman dan luaran...cantik luar cantik dalam...



Saya adalah pengedar shaklee yang berdaftar di Kuantan dan pengeposan seluruh Malaysia
012-7775059 pm/wassap
fb:Nor Fauzani binti Jumodi

15 Sebab Kenapa Kita Memerlukan Air Kosong

 Assalamualaikum...

Cuaca sekarang ni memang sangat2 menuntut untuk kita minum air kosong. Cuaca yang sangat panas ni boleh mengakibatkan banyak benda... seperti hidung berdarah, ulser mulut, panas dalam, demam, pening, sakit kepala dan macam2 lagi. Takutkan sekiranya kita mengalami salah satu darinya..  Hanya ada satu cara untuk mencegah daripada keadaan buruk itu berlaku... ialah dengan memastikan tubuh kita menerima sebanyak 3liter dalam sehari...Banyaknya 3 Liter...boleh ke???boleh...bahagikan 3000ml itu kepada 500ml. So, kita xakan rasa banyaknya aku minum air.. Tak larat nak buang air kecil...xpe...setkan dalam minda kita air kencing kita itu adalah toksin dalam badan kita. Saya selalu teringat pesanan ayah saya..Dia selalu cakap cuci ke basuh pinggan dengan air teh..Samalah dengan tubuh dan organ kita perlu dicuci dan dibasuh dengan air putih.












Di sini, saya kongsikan tips2 kepentingan tentang air masak untuk info korang...

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong/air mineral dengan secukupnya.

1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Menguruskan badan
Khabar gembira buat individu yang ingin menguruskan badan. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

4. Sumber Alkali termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkali semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

5. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

6. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

7. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

8. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

9. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

10. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

11. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

12. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

13. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

14. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

15. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.



Semoga maklumat ini dapat membantu kita dan anda semua dalam melengkapi tubuh kita dengan air kosong. 

cc untuk blog cikgu zamrud

saya adalah Pengedar Shaklee sekitar Kuantan







Sunday, 15 June 2014

Tips Nak Berjaya dalam Bisnes Shaklee...

Assalamualaikum....


Wow.. lamanya tak updates kat blog ni...kesian kat blog saya..So...hari ni fauzani bangkit...bangun dari jatuh...so pada hari ini saya mulakan dengan tips-tips untuk berjaya dalam Shaklee. Shaklee baru melabuhkan tirai NC 2013/2014 di Sunway... Seronokkan tengok jutawan muslimah yang telah berjaya. Fauzani bila lagi???bonus untuk supervisor pun belum merasa... Nak tunggu bila???nak tunggu tumbuh janggut dulu ke???dah2 la duk berangan...dah2la tengok orang lain berjaya...Sekarang turn Fauzani pulak jadi ikon Jutawan Muslimah...2014/2015....

Di sini saya kongsikan tip2 jutawan muslimah dalam shaklee yang dah pun berjaya...


Orang kata, jika nak berjaya kita kena ikut cara orang yang berjaya..follow je apa yang diaorang dah buat...jangan melawan...nak upgrade xpe...

Formula ini~ khas untuk dikongsi bersama..

L : Learning  - Tanpa ilmu, kita akan jadi papa kedana

Untuk berjaya, kita mesti sentiasa dalami ilmu.. proses pembelajaran adalah berterusan dan tidak terhenti pada tahap tertentu ... so ambillah peluang untuk sentiasa menambah ilmu, cuba tiru cara orang yang berjaya..  duplicate ilmu yang positif daripada mereka.. tak rugi tau :D .. moga kita pun akan jadi berjaya seperti mereka..


'Success is about Knowledge, Knowledge must be search & used.."

A : Achievable goal - Tanpa cita-cita, tiada ertinya hidup

Tipu sangatlah jika kita langsung tak ada impian kan??? tak kisahlah apapun cita-cita & target kita.. yang penting pastikan goal yang kita set itu, bukan sekadar angan-angin Mat Jening.. cuba setkan goal yang realistik dan sudah semestinya tercapai akhirnya.. sertakanlah dengan usaha dan doa.. 

Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.. betul tak?? so, apa cita-cita kalian??? dah boleh list down pada kertas ye.. kalau tak dicatat, pasti susah nak buat perancangan mana yang terdahulu nak dicapai...


cuba lakarkan lembaran kejayaan kita di sehelai kertas (masukkan satu persatu impian, & bila tarikh / tahun yang ingin kita capai) & tampalkan di mana-mana ruang yang kita selalu dapat lihat.. Insyallah, lama-kelamaan ia akan jadi pembakar semangat & pendorong ke arah kejayaan kita itu :D .. saya sarankan agar kalian cuba buat .. kalau tak manakan nak tahu kesannya..

B : Believe - tanpa agama & kepercayaan, kita hidup diawang-awangan

Kepercayaan & doa.. dalam agama apa sekalipun, kepercayaan kepada Tuhan adalah penting..  nak buat apa sekali pun, mesti didorong dengan kepercayaan dan doa.. jika kepercayaan kepada Allah dan kemampuan diri sendiri tiada, bayangkan, bagaimana orang lain akan percayakan kita??? mampukah??? 

Jangan sesekali terlalu merendah diri (nanti dipergunakan orang pula)..dan jangan sesekali merendahkan orang lain ... Kalau nak tahu, Rahsia kekayaan kebanyakkan JUTAWAN Islam adalah Solat Dhuha bersedekah.., 

Cuba beri sedekah dari nilai wang terbesar yang ada dalam dompet kalian.. Insyallah, Allah pasti akan berikan ganjaran /pulangan yang lebih besar daripada itu.. Yakinlah, Allah pasti akan membantu kita.. :D

C : Commitment - tanpa kesungguhan, kejayaan pasti tak akan tiba

Setiap pekerjaan, perlu ada komitmen yang tinggi.. sangat mudah nak jadi susah.. tapi sangat susah nak jadi senang..  komitmen yang menggunung sangat-sangat diperlukan untuk kita mencapai kejayaan.. 

Setiap pengorbanan pasti akan terbayar kelak, yang penting usaha kita mesti berganda, luar biasa dan jangan mengenal erti putus asa.. 

"Life is about challenge ~ so do not afraid to struggle for the success or otherwise you will struggle in the dark!!" 

A : Attitude : Tanpa keperibadian mulia, pasti kita akan dibenci

Sikap & Keperibadian!! percaya atau tidak?? ia adalah lambangkan diri kita yang sebenar.. 


Jangan jadi macam ini ya "kaya harta, tapi sebenarnya rohaninya sangat miskin" - more people being rich, but they are actually poor inside their heart" sangat kesian pada orangnya begini - boleh kata bodoh sombong / bongkak.. Minta dijauhkan Allah orang-orang begini dari hidup kita...

Dalam kehidupan mahupun pekerjaan, kejujuran dan keikhlasan adalah sangat penting.. nilai-nilai murni.. Zaman sekarang ramai orang yang mementingkan diri sendiri, yang hidup dengan cara hidup masing-masing.. 

World need more good people :  "please respect & try to love everybody.. i am very sure that everyone will loving us.. :P

The most important !!! `~ jangan sesekali abaikan keluarga.. walau sesibuk manapun kita.. apa jua yang kita lakukan, lakukanlah demi kebahagiaan keluarga.. 

Bukan senang yea, nak dapatkan tip dan ilmu secara 'direct' daripada orang-orang berjaya. 

Apa yang dapat saya simpulkan dari tips2 ini ialah...diri kita sebenarnya...cuba tanya diri kita...sit down kejap...n think about your life...n letakkan satu target yang pelu dicapai...n kita nak berubah tak...kalo xnak berubah...xdapek den nak nolong....

Semoga tips yang saya kongsikan dari blog bonda sihat ini dapat diguna pakai oleh semua yang nak berjaya dalam shaklee yang memasang impian ingin menjadi Jutawan Muslimah di NC 2014/2014...Jumpa di sana...

Sekian ...Assalamualaikum...

Saya adalah Pengedar Shaklee yang berdaftar...

 

Wednesday, 28 May 2014

Set Shaklee untuk Perempuan Endometriosis

Endometriosis bahagian akhir..

Assalamualaikum...

Rangkaian set shaklee untuk rawatan perempuan yang mempunyai endometriosis adalah vitamin atau suplemen yang diperlukan untuk membantu bagi pesakit endometriosis...Set Shaklee ini membantu untuk merencatkan gejala endometriosis dari terus marak dan subur. Namun saya hanya menyarankan kombinasi vitamin tertentu sahaja untuk membantu anda hamil dan merencat gejala endometriosis anda.

Di bawah ini adalah set shaklee untuk mereka yang mempunyai endometriosis:

♥♥♥Omega Guard - Sumber Omega 3 dapat membantu mengurangkan keradangan tisu endometrium semasa haid dan untuk keseimbangan hormon.
♥♥♥GLA Complex - Sumber Omega 6 dapat membantu keseimbangan hormon dan membantu untuk menyuburkan. Disarankan untuk mengambil bersama Omega Guard.
♥♥♥ Vita Lea - Mengandungi vitamin anti oksida dan mineral seperti magnesium, kalsium, zink, dan selenium untuk meningkatkan sistem imun dan mengurangkan sakit pinggang dan bahagian belakang yang dialami sewaktu haid. Iron pula diperlukankerana kebanyakan wanita endometriisis mengalami period yang agak panjang.
♥♥♥ Vitamin C - Sebagai anti oksidan, sokongan imun dan mengurangkan keradangan tisu endometrium.
♥♥♥ CoqHealth Plus - Menyuburkan telu dan menyeimbangkan hormon kesuburan.
♥♥♥ Vivix - Jus anti oksida yang mampu memperbaiki dari peringkat DNA sel, meningkatkan imuniti, mengurangkan keradangan dalam rahim dan seterusnya dapat meningkatkan peluang untuk hamil.
♥♥♥ B Complex - Diperlukan oleh hati untuk menukarkan estrogen yang dominan kepada bentuk esttogen yang lebih baik. Kebiasaannya pengudap endometriosis mempunyai pars estrogen yang tinggi. Diperlukan juga untuk mengurangkan gejala stress kepada wanitadan kurangkan gejala PMS.
♥♥♥ Vitamin E Complex - Mengurangkan cramp yang diadakan sewaktu haid.
♥♥♥ Ostematrix - Dilengkapi magnesium untuk mengurangkan sakit belakang semasa haid.

Di atas adalah set untuk endometriosis. Set tersebut adalah sekadar suplement, ini kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. Allah melihat usaha-usaha kita yang tidak pernah jemu. Harapan saya dengan ikhtiar ini kita sihat dari endometriosis.

Hubungi saya..saya adalah SID yang berdaftar...
Pm@wassup 012.777.5059
Pengedar Shaklee di Kuantan dan seluruh Malaysia

Sunday, 25 May 2014

Gejala dan pengesahan Endometriosis

Endometriosis ( Bahagian 2)

Simtom-simtom Endometriosis?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim. 

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 


Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan

1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t. 


Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali 

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 


Mendiagnos penyakit endometriosis. 

Daripada tanda-tanda/simtom-simtom tersebut kita sering mengesyaki pengidap berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis mereka menjalani pemeriksaan ultra-sound melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila dibahagian dalam ditekan dengan jari doktor bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
 
cc to blog dr.hamid arshat

Endometriosis yang membahayakan bagi perempuan

Endometriosis ( Bahagian 1)

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain

.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.


Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. 

So, kita dah tahu tentang bahayanya endometriosis, jangan risau dan jangan sedih, setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Cukup untuk entry kali ini. Next entry saya akan  ceritakan kenapa alfalfa tidak boleh untuk perempuan yang menghidapi endometriosis. In Shaa Allah di mana ada usaha di situ ada jalan kan.

cc to blog dr. hamid arshat.terima kasih doc.

Pengedar Shaklee Terhebat Indera Mahkota, Kuantan

Assalamualaikum...


Berita baik untuk warga Kuantan dan khususnya untuk orang Indera Mahkota dan yang berhampiran dengannya, dan yang lebih khusus berita gembira plus berita baik buat pengguna Shaklee yang berada di area Kuantan. tidak perlu risau atau runsing suplemen Shaklee akan sampai ditangan anda dengan secepat yang mungkin. Tidak perlu kos pos. tidak perlu transfer duit, tidak perlu menunggu 2@3 hari.

Seronok kan dengan Shaklee kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim (perempuan je la ye), dapat konsultasi percuma, dapat jadual makan yang spesific tentang suplemen yang diambil.

Jangan tangguh-tangguh untuk hubungi saya sebagai Pengedar Shaklee yang berdaftar.



✆: 012-777-5059 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
✉ : norfauzanijumodi@gmail.com

Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Indera Mahkota, Astana Vilaa, Shahputra, Kolej Komuniti Kuantan, Permatang Badak, Bukit Rangin UIA Kuantan


Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi