Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya
rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika
keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan
ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah
berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa
penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah
melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.
Kesakitan
juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya
menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu
membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh
perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus
besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.
Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit
endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah
terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada
buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat
hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi
di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun
tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.
Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali
Endometriosis
juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga
bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak
mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan
dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh
membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang
mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Tanda-tanda
atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah
berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di
bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada
waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang
berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.
Mendiagnos penyakit endometriosis.
cc to blog dr.hamid arshat
No comments:
Post a Comment