Sunday 13 April 2014

Bila anak demam, hati ibu mana yang tidak risau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Anak-anak adalah ujian samada lulus, cemerlang atau gagal bagi ibu bapa. Beratnya tanggungjawab bagi seorang ibu dan ayah. Berat juga bahu bagi ibu2 atau bapa2 yang membesarkan anak seorang diri.

Bagi saya pulak yang weekend husband ni, membesarkan 2 puteri kesayangan itu, banyak menuntut sabar yang tahap tinggi. Cabaran di kala bangun pagi, perghhhh.. Itu hanyalah picisan sahaja. Menangis, melalak ibarat halwa telinga sahaja. Pagi2 kalau tidah berpeluh, maka tidak sempurna hari tu..

Apa yang paling meruntun hati seorang ibu ialah apabila anak2 sakit, dan memanggil nama ayahnya. Huhhhh...saya tidak mampu untuk menahan sebak. Airmata pasti akan turun dan turun. Terlalu indah takdir yang Allah aturkan untuk saya dan anak2. Pasti ada hikmah disebakik semua ini.

Apa yang mampu saya lakukan ialah hanyalah dengan call my imam untuk bercakap dengan si anak, agar hati si anak ini tenteram mendengar suara our imam.

Semoga RUMAYSA MILHAN sihat dan terus sihat.. Love u so much adik n kakak..

No comments:

Post a Comment

Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi