Sunday 6 April 2014

Tips kurang berat badan : Selepas seminggu diet nasi

TEKS: NOR FAUZANI BINTI JUMODI PENGEDAR SHAKLEE DI KUANTAN DAN SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum...

Hari ni cukuplah seminggu perut dan mulut ini tidak menelan nasi. Sekali gus berjaya lah di fasa pertama untuk mengurangkan ketagihan pada nasi merangkap diet nasi. Biarpun diet nasi itu nampak susah, tapi seminggu dah berjaya harunginya. Ketagihan saya pada nasi amatlah melampau dan nampak sangat2 membimbangkan. Hanya dengan bersandarkan sebab ketagihan pada nasi yang menjadi penguat saya untuk diet nasi. Alhamdulillah. Saya boleh rupanya, dulu bermati-matian menegakkan yang saya tidak boleh hidup tanpa nasi. Punyala tahap apa ketagihan ni.

Apa yang saya rasa selepas seminggu mengamalkan diet nasi ni. Perut semestinya la nampak kempis, biarpun timbang masih lagi angka yang sama, tapi saya tidak bersedih atau mudah patah semangat. Yang paling best dan seronok ialah, bila menaiki tangga saya tidak lagi semput macam biasa. Wahhhh sangat superb... seronoknya naik ke kelas tidaklah termengah2.

Minggu ni masuk minggu kedua diet nasi. Kalau minggu pertama boleh, takkan minggu kedua tak boleh kan. So semangat nak kurangkan berat badan bukan sebab nak nampak slim, akan tetapi untuk lebih sihat. Rasa dah berat melampau ni. Bila dah berat melampau takut banyak penyakit yang akan hinggap.

Kalau anda rasa susah untuk diet nasi. Anda salah, kita boleh gantikan menu nasi itu dengan mee, bihun, lauk. Anda masih lagi kenyang walaupun tanpa nasi.

Dengan ESP dan CINCH dapat membantu anda untuk menghilangkan rasa lapar. Saya dah, anda bila lagi nak mencuba. Dapatkan set kurus dari Shaklee dengan saya. Jom kita sihat..


SID NOR FAUZANI BINTI JUMODI 962499
012.777.5059
FB: Nor Fauzani binti Jumodi

No comments:

Post a Comment

Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi