Saturday 8 February 2014

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Assalamualaikum....

Lamanya tidak melakarkan idea- idea di alam blog ini. Bukan sesenang abc rupanya untuk mengadap pc dan mencurahkan idea-idea yang memang meluap-luap untuk dikeluarkan. Salah kah masa kerana tidak mencukupi..salah kah kerja yang melambak yang mengekang dari mengintai blog yang masih mentah ini.. Manusia memang suka memberi alasan demi alasan..itulah manusia..kata asal manusia itu asalnya dari perkataan 'nasiya' yang membawa maksud lalai. Lalai rupanya kita ni. Patutlah Allah menurunkan surah al-Asr. Surah ini ingin memberitahu kita semua tentang kepentingan masa. Hinggakan Allah mencela sesiapa yang tidak pandai menjaga masa. Ibaratnya ada seketul batu diletak di atas kepala, betapa gagalnya dalam pengurusan masa. Betul la kan, ada orang berkata, hanya orang yang sibuk tahu menghargai masa. Teringat ketika mendengar Magic Aura di Kuantan. Masa ibarat emas, itulah pepatah yang kita pegang. Akan tetapi seorang sudah Master di dalam Shaklee ini mengatakan, masa ibarat nyawa, (dimana justifikasi dia mengatakan begitu) oooo...ada logiknya..katanya beliau..emas hilang boleh beli..tapi nyawa dah terpisah dengan jasad...boleh ke dikembalikan masa tu..kita kena betulkan yang biasa dan biasakan apa yang telah kita betulkan, baru pengurusan masa cemerlang gemilang dan terbilang. Okey...itu je coretan untuk kali ini..

SELAMAT MENGURUSKAN MASA..

No comments:

Post a Comment

Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi