Friday 14 February 2014

Healing Crisis.....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...


Pernah dengar healing crisis???takut ke??jangan menghukum sebelum kita tahu apa itu healing crisis...

1. Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan atau lebih dikenali HEALING CRISIS.

 Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.

Sebahagian dari proses ini akan mula menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rase tidak selesa, dan ia dipanggil krisis penyembuhan(healing crisis). Dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

 2. Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

- Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini meransang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran,menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru,dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh,anda akan mengalami ruam pada kulit,lebih banyak pergerakan usus,dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. 

 3. Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

-Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yabg menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka akan menjadi teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

4. Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

 Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin didalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya. 


 5. Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini? 

- Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

6. Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa? 

 Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannyan (contoh. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yanglebih baik, dan lain-lain.)sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti: 
  •  Tidak mengamalkannya setiap hari,
  •  Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan.
  •  Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya.
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.
  •  Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan. 
  •  Mengalami masalah emosi.
Adakah anda memahami apa sebenarnya proses penyembuhan, jadi anda tidak perlu takut, ia hanyala satu proses untuk kita lebih sihat. Satu proses yang memberi tanda bahawa tubuh masih lagi bertindak balas dengan suplemen, bukankah itu baik. Tepuk dada anda tanya iman, buatlah pilihan yang terbaik untuk anda sendiri.


Saya  adalah PENGEDAR SHAKLEE yang berdaftar .
Penghantaran cod disekitar Kuantan, dan poslaju di seluruh Malaysia.
Hubungi saya:
Fb : Nor Fauzani binti Jumodi
Wassup, we chat, telegram : 012.777.5059
Blog: norfauzanijumodi.blogspot.com.

'Indahnya rasa bila tubuh sihat'

No comments:

Post a Comment

Hubungi Saya :

1. Email : norfauzanijumodi@gmail.com

2. Sms/whats app : 0127775059

3. Face book : https://www.facebook.com/nor.f.jumodi